Khatulistiwa (Surat kepada R.A III)

Matahari tenggelam di wajahmu
Garis menyingsing hari berlalu
Nyata kukecup bibir merahmu
Bercengkrama lagi mesra

Karsa kama, ke mana pun kaudera
Hingga ku taksa tak berbahasa
Kerana jua engkau menerpa
Ada bagja di khatulistiwa

Sayup-sayup kudengar bisikmu
Lamat-lamat kuhela cintamu
Menari-nari dalam dekapanmu
Daku bersimbah cahya

Aku menggubah kau seperti asa
Melanjut hidup nun bijaksana
Hidupku bermahu engkau
Mahukah engkau?

Comments

Popular Posts