Kenduri Rindu

bukan sebarang jika swaramu ngiang
menaklukan hari-hariku di ujung tumpu
prasangka dan prapesan rindu

sentuhmu kenduri bagiku;
perlaya aku dikejut kerling matamu;
merajuk saja aku rayakan dengan khusyuk

aku mahu bersamamu beribu waktu lagi
& kumandangkan kepadamu lagu-lagu
yang syairnya dicipta dari wangimu

cantikmu pilar-pilar paras
sama kilaunya dengan gemintang
& benakku kini julang ke sana

memantikkan cahya yang likat rasa

Comments

Popular Posts